FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIR
Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:-
Hujan yang berterusan.
Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
Proses pembandaran.
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.
Hakisan sungai.
Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia.
Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.
Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat.
Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
Hutan tadahan.
Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.
Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.
Sistem perparitan tidak terancang.
Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.
KESAN-KESAN BANJIR
Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah:
Kemusnahan Tanam-tanaman
Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.
Kemusnahan Harta Benda
Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.
Penyakit
Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.
Kematian
Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai.
Kerugian Kerajaan
Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi.
Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.
CARA-CARA MENGATASI BANJIR
Pelbagai cara dijalankan, antaranya:
Menyediakan Sistem Perparitan
Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.
Projek Pendalaman Sungai
Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.
Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.
Memelihara Hutan
Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit.
Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.
Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.
Mengawal Aktiviti Manusia
Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.
Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.
Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.
Wednesday, 18 December 2019
Jerebu Menjejaskan Kesihatan
Jerebu yang telah kembali melanda di Malaysia sejak bulan lalu memberikan kesan negatif kepada kesihatan seluruh rakyat negara ini. Keadaan ini sangat membimbangkan jika tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300 yang boleh menjejaskan dan seterusnya membataskan keseluruhan aktiviti harian di luar.
Masyarakat pada zaman kini kurang mengambil berat tentang mengenai isu berkaitan jerebu dan impak negatif terhadap kesihatan. Apabila kita giat menjalankan aktiviti-aktiviti di luar sambil menghirup udara yang tercemar, badan kita akan menghadapi kesukaran dalam pelbagai fungsi pemprosesan yang mungkin akan membawa kepada kerosakan organ dalaman. Oleh itu, penjagaan kesihatan sangat mustahak ketika fenomena jerebu melanda.
Bagaimanakah jerebu menjejaskan kesihatan?
Partikel-partikel halus yang terdapat pada asap jerebu diserap terus ke dalam badan manusia menyebabkan peningkatan risiko masalah kesihatan, terutamanya yang melibatkan jantung dan paru-paru. Jerebu turut mengundang masalah kesihatan lain seperti keradangan mata, selesema dan kegatalan pada bahagian kerongkong pada individu yang sihat dalam jangka pendek.
Lebih parah lagi, ia juga meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular, mengurangkan perkembangan paru-paru dan menyebabkan masalah pernafasan bagi golongan berisiko tinggi seperti bayi dan warga emas.
Secara umumnya, kanak-kanak kecil, terutamanya bayi-bayi yang baru lahir berhadapan dengan risiko kesihatan yang lebih tinggi kerana sistem pernafasan mereka mudah tercemar apabila kerap menghirup udara yang tidak sihat. Tambahan pula, penyedutan udara tercemar dalam jangka masa yang panjang juga mungkin akan menyebabkan kerencatan dan kecacatan pada otak mereka. Manakala warga emas pula akan mudah dijangkiti penyakit-penyakit kronik dan masalah paru-paru yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa mereka.
Bagi golongan yang menghidap penyakit asma pula, mereka akan mengalami risiko yang sama dari segi kesukaran bernafas yang seterusnya yang akan membawa kepada serangan asma. Serangan asma berlaku apabila seseorang mengalami kesesakan nafas secara berulang dan nafas berdehit yang disebabkan oleh bengkakan pada tiub bronkus yang menyempitkan saluran pernafasan dan mengurangkan aliran udara yang masuk dan keluar dari paru-paru.
Artikel berkaitan: Tip Jobstore Menjaga Kebajikan Pekerja Ketika Jerebu
Apakah yang anda boleh lakukan untuk menjaga kesihatan ketika musim jerebu?
Selain memakai alat pernafasan N95 yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, anda dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti fizikal dan sukan di luar bangunan bagi mengelakkan daripada menghirup asap jerebu yang boleh membahayakan kesihatan anda. Sekiranya anda gemar untuk kekal aktif dan melakukan aktiviti senaman, anda boleh melakukannya di rumah atau pusat kecergasan berhampiran.
Di samping itu, anda juga digalakkan agar minum sekurang-kurangnya 2 literair suam sehari untuk mengelakkan tubuh anda dari kehausan dan dehidrasi ketika musim jerebu. Pemakanan sihat juga memainkan peranan dalam meningkatkan sistem imunisasi badan. Oleh itu, anda disarankan untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan serat untuk menghindarkan diri dari penyakit yang disebabkan oleh pendedahkan kepada jerebu.
Sekiranya berkemampuan, pasangkan alat pendingin hawa dan penapis udara untuk memerangkap dan menapis partikel-partikel halus dan menghalang asap jerebu memasuki ke kawasan rumah supaya anda menikmati udara yang bersih di dalam rumah. Tambahan pula, anda perlu mengawasi kesihatan anak-anak anda, terutama mereka yang menghidap penyakit asma, atau mengalami masalah pernafasan dan jantung untuk mengelakkan mereka daripada terdedah kepada asap jerebu yang berbahaya di luar rumah.
Bukan itu sahaja, anda perlu memastikan bahawa anda kerap membersihkan muka dan tangan dengan bekalan air yang bersih, serta mencuci pakaian yang terdedah kepada jerebu sebagai langkah pencegahan sekiranya anda terlibat dalam sebarang aktiviti di luar. Namun begitu, jika kesihatan keluarga anda telah terjejas akibat masalah jerebu yang telah melanda negara kita sejak minggu lalu, adalah disarankan untuk mendapatkan rawatan di klinik dan hospital dengan kadar segera.
Kesimpulannya, penjagaan kesihatan sangat penting ketika musim jerebu melanda demi mengambil berat dan menjaga keselamatan diri dan seisi keluarga anda. Oleh itu, adalah disarankan agar anda mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengikuti petua-petua yang dikongsi dan nasihat-nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Negara demi menjaga kesejahteraan anda dan orang tersayang.
Apakah langkah anda untuk kekal sihat ketika musim jerebu? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah! Jangan lupa untuk layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaaan!
Tempat menarik di tanah melaka
Melaka sememangnya sebuah negeri yang terkenal dengan keunikannya kerana disini anda boleh melihat gabungan citarasa moden dan juga tradisional yang kaya dengan budaya dan sejarah.
Dengan pelbagai tawaran yang menarik disediakan bagi pengunjung yang kesini, anda mungkin tertanya-tanya apakah yang benar-benar menarik untuk dilakukan di Melaka? Oleh itu disini saya ingin kongsikan beberapa tempat yang menarik yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri untuk dilawati ketika berkunjung ke bandar bersejarah ini.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MELAKA
Melaka Wonderland Theme Park
Melaka Wonderland Theme Park yang terletak di Ayer Keroh ini adalah salah satu dari empat lagi taman tema yang terdapat di Melaka. Taman tema air ini sering menjadi pilihan bagi seisi keluarga yang ingin bercuti dan meluangkan masa bersama anak-anak mereka terutama sekali ketika cuti sekolah.
Apa yang unik tentang taman tema ini adalah dengan adanya beberapa bahagian seperti Tornado Chaser, Kamikaze Race, Big Wave Pool seakan-akan berenang di laut yang sebenar dengan ombaknya yang kuat, dan Adventure Land. Taman tema ini juga dikelilingi oleh 360 hektar hutan rekreasi semulajadi, menjadikan tempat ini cukup sejuk.
The Shore Oceanarium
Photo credit: @mikibeautyhouse
Bagi anda peminat hidupan laut, anda tidak seharusnya melepaskan peluang untuk berkunjung ke The Shore Oceanarium ini. Disini sambil anda melihat, anda juga boleh belajar mengenai nama saintifik dan habitat haiwan tersebut dengan lebih dekat lagi. Malah anda juga akan diberi peluang untuk memegang sendiri beberapa jenis hidupan laut seperti tapak sulaiman dan ikan yu.
Photo credit: @shazwani_ishak
Di samping hidupan laut, terdapat juga terdapat beberapa jenis serangga dan reptilia yang dipamerkan selain menyediakan beberapa props yang menarik untuk anda mengambil gambar seisi keluarga.
The Shore Sky Tower
Photo credit: @wan_ceiling
Dengan ketinggian 163 meter atau 43 tingkat, Sky Tower ini merupakan banggunan yang tertinggi di Melaka dan tempat yang sesuai dijadikan pilihan bagi anda untuk menikmati pemandangan 360 darjah bandar Melaka. Suasananya amat cantik dari atas terutama sekali di waktu senja melihat keindahan matahari terbenam dan lampu berwarna-warni di waktu malam.
Photo credit: @baimsurbakti
Bagi anda yang sukakan sedikit cabaran bolehlah mencuba Sky Box dimana anda akan berdiri diatas lantai kaca melihat terus ke sungai Melaka di bawah. Walaubagaimanapun, jika anda ingin bergambar di Sky Box ini anda akan dikenakan bayaran dan tidak dibenarkan mengguna kamera atau telefon anda sendiri.
Melaka River Cruise
Photo credit: @gieeast
River Cruise di Melaka merupakan salah satu aktiviti dan tempat yang wajib anda lawati. Anda akan dibawa menyelusuri sungai Melaka selama kira-kira 45 minit bagi melihat pemandangan indah bandar Melaka terutama sekali di waktu malam dengan lampu yang berwarna-warni yang pastinya membuat anda terpesona.
Photo credit: @nanitriana77_dkz
Selain itu, anda juga dapat melihat deretan kampung tradisional, beberapa jambatan yang mempunyai nilai sejarah yang tersendiri, banggunan warisan, dan hotel-hotel unik yang masih mengekalkan ciri-ciri British sewaktu zaman penjajahan.
Tuesday, 17 December 2019
Pentingnya Makanan Sihat
Aspek penting dalam menjaga kesehatan adalah makanan sehat dan nutrisi yang tepat.Makanan sehat adalah makanan yang sesuai dengan kebutuhan, usia, beratbadan, aktivitas, serta disesuaikan dengan penyakit yang diderita (kolesterol, diabetes, lever, dll) danjuga harus memenuhi pola makan seimbang.
Pola makan seimbang meliputi karbohidrat <50%, protein <15-20%, lemak <30% dan juga dilengkapi dengan sayuran dan buah yang mengandung berbagai sumber vitamin, mineral dan juga serat untuk melancarkan pencernaan. Untuk itu tubuh memerlukan minum 6-8 gelas per hari.
Berikut ini penjelasan dari beberapa zat dalam pola makan sehat :
1. Karbohidrat
Karbohidrat adalah zat yang paling penting untuk tubuh. Karbohidrat yang baik adalah karbohidrat kompleks, yaitu karbohidrat yang membutuhkan waktu untuk dicerna sehingga kadar gula dalam darah tidak langsung naik melainkan perlahan-lahan. Ini berlaku bagi semua kondisi namun diutamakan untuk yang mengalami diabetes, kegemukan dan kelainan metabolisme lain. Contoh karbohidrat yang baik untuk tubuh kita yaitu :beras, berasmerah, berashitam, kentang, oatmeal, roti gandum yang masih utuh kulit arinya.
2.Protein
Tubuh membutuhkan sekitar 15-20% protein untuk memenuhi kebutuhan itu kita dapat mengonsumsi makanan yang menagandung protein nabati maupun hewani. Protein alaminabatiyaitutahu, tempe, biji-bijian, kedelai, kacangmerah, kacangtanah, kacanghijau, dll. Sedangkanuntuk protein hewani yang sehatdiantaranyaikan, ayam, atautelur.Dan janganlupasebaiknyamengurangikonsumsidagingmentah.
3. Lemak
Lemak tak jenuh terdiri dari dua jenis yaitu lemak tak jenuh tunggal dan lemak tak jenuh ganda. Lemak tak jenuh tunggal terdapat pada olive oil canola dan minyak kacang. Lemak tak jenuh ganda adalah yang memiliki rantai panjang dan mengandung Omega 3, EPA dan DHA. Sebagai contoh yaitu ikan salmon, minyak jagung, minyak bunga matahari.Saat pengolahan minyak ini tidak boleh menggunakan api yang terlalu panas dan tidak boleh menggunakan minyak berulang-ulang karena dikhawatirkan dapat mengubah ikatan rantai. Terdapat juga lemak yang tidak baik untuk tubuh yaitu minyak jenuh dan minyak trans yang dapat menyebabkan kolesterol, serangan jantung, dll.
4. Vitamin dan mineral
Vitamin dan mineral banyak terkandung dalam sayur dan buah. Dianjurkan untuk lebih banyak mengonsumsi sayur dibandingkan buah sebagai perbandingan minimal sehari 3 porsi sayur dan 2 porsi buah. Mengonsumsi sayur dan buah harus bervariasi tidak harus itu-itu saja dan juga lebih baik mengonsumsi buah yang segar tanpa adanya zat tambahan seperti gula, susu atau sirup supaya terjaga seratnya
Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri
CARA NABI JAGA KESIHATAN DIRI
BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja. Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.
Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:
1. Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2. Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
3. Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah s.w.t yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4. Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5. Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di hati.
6. Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
7. Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8. Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
Pesta Makanan Tradisional
Pihak Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi (FBMK) telah manganjurkan Pesta Makanan Tradisional bagi mengeratkan lagi hubungan di antara para pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan merupakan satu peluang bagi seluruh warga UPM mengenali antara satu sama lain serta mengetahui setiap jenis makanan tradisional daripada seluruh negeri di Malaysia. Di samping itu, program ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan warga UPM dengan lebih mendalam.
Pesta Makanan Tradisional merupakan satu program yang telah dilaksanakan oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi bagi mengeratkan lagi hubungan di antara para pelajar dan warga UPM dan merupakan peluang kepada mereka yang masih belum mengenali jenis-jenis makanan tradisional dari seluruh negeri di Malaysia. Selain itu, program ini juga dapat memperkukuhkan pengetahuan tentang kebudayaan dan kepelbagaian masyarakat di Malaysia.
Antara tujuan utama mengapa program ini dianjurkan adalah kerana:-
1. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar UPM tentang makanan tradisional di Malaysia.
2. Memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari pertandingan dan persembahan yang dilakukan.
3. Mengetahui keunikan dan daya tarikan yang ada pada setiap makanan.
4. Menzahirkan aspirasi dan rasa cinta terhadap tradisi Melayu.
Antara kebaikan atau kelebihan yang diperolehi daripada pesta makanan ini ialah memartabatkan lagi maknan tradisional melayu di kalangan pelajar UPM dan pelajar dapat lebih mengenali mengenai makanan dan permainan tradisional.
Pesta konvokesyen
Pesta konvokesyen telah berlangsung selama 5 hari bermula pada 15 NOVEMBER sehingga 19 NOVEMBER. Diantara pertandingan yang dipertandingkan ialah rentak putra, koir, nasyid dan nyanyian solo. Selain itu, terdapat juga gerai jualan yang menjual pelbagai jenis aneka makanan contohnya seperti nasi berlauk, dumpling goreng, kambing bakar, otak-otak dan sebagainya. Selama pesta itu berlangsung, terdapat banyak pameran yang telah dijalankan. Antara pameran yang ada ialah pameran bunga orkid, pameran haiwan, pameran daripada setiap fakulti dan lain-lain.
Buat julung kalinya aku dapat melihat banyak band yang membuat persembahan. Aku lebih tertarik dengan band dari Kolej Pendeta Za'ba kerana dia punya aura tu masyaAllah. Tidak disangkal lagi band tersebut telah dinobatkan sebagai juara rentak putra sekaligus merangkul gelaran persembahan terbaik.
Aku berasa sangat gembira dapat meluangkan masa aku di pesta tersebut selama 5 hari berlangsung. Aku tidak akan melupakan kenangan berada di pesta ini dan jika diberi peluang di tahun hadapan aku akan menyertainya lagi.
Ajaibnya Kehidupan
Segala pujian bagi Allah.
Yang telah menciptakan manusia, untuk kita beribadat kepada-Nya. Selawat dan salam buat Rasulullah. Yang telah memberikan tauladan yang baik, untuk kita mencontohinya.
Proses kejadian manusia itu sangat ajaib.
Titik permulaanya ialah percampuran antara sperma dan ovum.
Dan ketika proses awal kejadian manusia itu, terlalu banyak keajaiban yang terjadi.
Manusia yang jujur, pasti akur dengan kekuasaan-Nya. Lalu berikrar serta memberikan taat setia kepada-Nya.
Diciptakan, dihidupkan, dan dimatikan, ia telah menjelaskan tetang kehebatan-Nya.
Islam mendidik insan tentang erti kehidupan. Kehidupan bukan hanya berlandaskan yang zahir, tetapi diikuti dengan yang batin.
Kerana insan itu dikurniakan jasad dan roh, juga akal dan iman.
Kehidupan di dunia, dan kehidupan di akhirat. Adanya syurga, mahupun neraka. Kita memperakui tentang kekuasaan-Nya.
Semalam, peristiwa yang kita lalui mungkin sedih.
Tetapi, peritiwa hari ini mungkin berbeza. Mungkin kita akan merasai kelainan dalam kehidupan hari ini berbanding dengan kehidupan semalam yang telah kita tinggalkan.
Masalah, tetap ada selagi kita bernafas di atas dunia.
Kita pasti akan di duga dengan pelbagai rasa. Ada yang merasai manisnya nikmat.
Juga, ada yang rasa pahitnya nikmat.
Apa pun, nikmat yang telah dihadiahkan kepada kita, itu tandanya Allah tetap sayang akan kita.
Adakalanya, Tuhan memberikan kita ujian dan dugaan bukan bererti ingin menghukum juga menyusahkan hidup kita.
Percayalah dan akuilah bahawa, Tuhan itu Maha Baik. Tuhan sengaja memanggil kita.
Dia ingin diri kita dekat dengan-Nya. Dia ingin kita mencintai-Nya lebih daripada apa yang kita cintakan.
Sedikit demi sedikit, kita melangkah. Kita istiqamah dan tabah melalui kehidupan yang serba serbinya mencabar. Hari demi hari, kita bukan sahaja berjalan.
Tetapi, kita telah pun berlari dengan jauh.
Di manakah kita pada ketika ini? Di manakah masalah yang kita lalui tempoh hari?
Bagaimanakah dengan kehidupan kita hari ini berbanding kehidupan yang penuh onak dan duri?
Ajaibnya Kehidupan!
Tatkala diri kita ini dipenuhi dosa yang sudah berlumut dan berkarat, Tuhan membersihkan kita dengan pelbagai cara. Dia memberikan kita sedikit masa untuk kita menikmati juadah penyakit.
Berbagai penyakit, berbagai juga penawar yang kita ambil. Tetapi, penyakit yang diberikan kepada kita ini bukan penyakit yang suka-suka. Ia penyakit yang luar biasa untuk menebus segala dosa kita.
Allah menyucikan diri kita dengan penyakit yang kita rasa. Lalu segala kemuraman dan kesedihan yang kita hadapi semasa sakit, digantikan pula dengan senyuman dan kegembiraan tatkala diri sihat sejahtera.
Ajaibnya kehidupan!
Kekadang, kita mengeluh.
Kita memperkatakan bahawa kita sudah penat dan hampir berputus asa. Walhal, kita sudah menempuhi kehidupan yang sementara ini dengan berpuluh-puluh tahun tanpa kita sangka.
Segala pengalaman yang tidak enak, telah kita lupa dan telah kita berjaya melangkahnya.
Dahulu, pelbagai ketakutan dan keraguan menghantui diri, semua itu tiada lagi. Hari ini, kita telah bangkit kita telah berjaya berdiri di atas kaki sendiri.
Sungguh…
Ajaibnya kehidupan ini
Subscribe to:
Posts (Atom)