Wednesday, 18 December 2019

Tempat menarik di tanah melaka

Melaka sememangnya sebuah negeri yang terkenal dengan keunikannya kerana disini anda boleh melihat gabungan citarasa moden dan juga tradisional yang kaya dengan budaya dan sejarah.
Dengan pelbagai tawaran yang menarik disediakan bagi pengunjung yang kesini, anda mungkin tertanya-tanya apakah yang benar-benar menarik untuk dilakukan di Melaka? Oleh itu disini saya ingin kongsikan beberapa tempat yang menarik yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri untuk dilawati ketika berkunjung ke bandar bersejarah ini.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MELAKA

Melaka Wonderland Theme Park

Melaka Wonderland Theme Park
Melaka Wonderland Theme Park yang terletak di Ayer Keroh ini adalah salah satu dari empat lagi taman tema yang terdapat di Melaka. Taman tema air ini sering menjadi pilihan bagi seisi keluarga yang ingin bercuti dan meluangkan masa bersama anak-anak mereka terutama sekali ketika cuti sekolah.
Melaka Wonderland Theme Park
Apa yang unik tentang taman tema ini adalah dengan adanya beberapa bahagian seperti Tornado Chaser, Kamikaze Race, Big Wave Pool seakan-akan berenang di laut yang sebenar dengan ombaknya yang kuat, dan Adventure Land. Taman tema ini juga dikelilingi oleh 360 hektar hutan rekreasi semulajadi, menjadikan tempat ini cukup sejuk.

The Shore Oceanarium

The Shore OceanariumPhoto credit: @mikibeautyhouse
Bagi anda peminat hidupan laut, anda tidak seharusnya melepaskan peluang untuk berkunjung ke The Shore Oceanarium ini. Disini sambil anda melihat, anda juga boleh belajar mengenai nama saintifik dan habitat haiwan tersebut dengan lebih dekat lagi. Malah anda juga akan diberi peluang untuk memegang sendiri beberapa jenis hidupan laut seperti tapak sulaiman dan ikan yu.
The Shore OceanariumPhoto credit: @shazwani_ishak
Di samping hidupan laut, terdapat juga terdapat beberapa jenis serangga dan reptilia yang dipamerkan selain menyediakan beberapa props yang menarik untuk anda mengambil gambar seisi keluarga.

The Shore Sky Tower

The Shore Sky TowerPhoto credit: @wan_ceiling
Dengan ketinggian 163 meter atau 43 tingkat, Sky Tower ini merupakan banggunan yang tertinggi di Melaka dan tempat yang sesuai dijadikan pilihan bagi anda untuk menikmati pemandangan 360 darjah bandar Melaka. Suasananya amat cantik dari atas terutama sekali di waktu senja melihat keindahan matahari terbenam dan lampu berwarna-warni di waktu malam.
The Shore Sky TowerPhoto credit: @baimsurbakti
Bagi anda yang sukakan sedikit cabaran bolehlah mencuba Sky Box dimana anda akan berdiri diatas lantai kaca melihat terus ke sungai Melaka di bawah. Walaubagaimanapun, jika anda ingin bergambar di Sky Box ini anda akan dikenakan bayaran dan tidak dibenarkan mengguna kamera atau telefon anda sendiri.

Melaka River Cruise

Melaka River CruisePhoto credit: @gieeast
River Cruise di Melaka merupakan salah satu aktiviti dan tempat yang wajib anda lawati. Anda akan dibawa menyelusuri sungai Melaka selama kira-kira 45 minit bagi melihat pemandangan indah bandar Melaka terutama sekali di waktu malam dengan lampu yang berwarna-warni yang pastinya membuat anda terpesona.
Melaka River CruisePhoto credit: @nanitriana77_dkz
Selain itu, anda juga dapat melihat deretan kampung tradisional, beberapa jambatan yang mempunyai nilai sejarah yang tersendiri, banggunan warisan, dan hotel-hotel unik yang masih mengekalkan ciri-ciri British sewaktu zaman penjajahan.

No comments:

Post a Comment