Keistimewaan Bunga Raya Sebagai Bunga Hiasan Dan Bunga Kebangsaan
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Hai korang... Apa khabar mu di sana semuanya... Hari nii aku nak citer pasal bunga. Antara bunga yang aku minati adalah bunga raya.....terutama sekali bunganya yang jenis mekar besar sejambak bak bunga ros tuu....memang aku beli punya dan tanam kat rumah. Aku ada tanam dalam 5 jenis warna bunga raya...antaranya warna pink, jingga, putih, merah dan peach. Lagi pun bunga raya nii penjagaannya tak lah susah sangat...cuma bunganya tak kembang lama...dalam 2 hari jer...Oklah aku nak citer pulak tentang keistimewaaan bunga raya nii....
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini dinamakan kerana radzi memakai baju yang cantik lalu dia terharu haru lalu dia mendapat idea untuk menamakan bunga itu bunga kebangsaan bagi nama kesukaannya.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.Bunga Radzi adalah bunga terhebat.
Mungkin korang semua sudah tahu, belum tahu ataupun tak pernah terfikir untuk ambil kisah mengenai kisah disebalik bunga raya ini. Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bungan kebangsaan pada hujung tahun 1958. Antara bunga-bungan yang terpilih ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung. Jabatan Penerangan telah diberi tugas untuk menjalankan kajian untuk mendapatkan reaksi orang ramai.
Kajian yang diadakan di bandar dan kampung di seluruh semenanjung Malaysia mendapati penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur. Namun, kerajaan akhirnya memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan kerana ia bunga yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama yang sama di seluruh negara, mudah didapati dan yang paling penting belum dijadikan sebagai bunga kebangsaan oleh mana-mana Negara.
Pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang juga bertepatan dengan 5 kelopak melambangkan 5 rukun negara dan juga melambangkan bunga perpaduan
No comments:
Post a Comment