PENGALAMAN PEGEMBARAAN
Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya dapat belajar semasa saya mengembara di negara luar dan banyak membantu saya untuk masa sekarang atau masa yang akan datang..
1. SURVIVAL SKILL
Travel solo mengajar saya survive. How to survive dalam banyak situation. How to survive di negara orang. Sedikit sebanyak memberi kekuatan dalam hidup. Kita akan jadi lebih berani. Memang hidup di negara orang tidak sama di negeri sendiri. Memerlukan banyak berfikir apatah lagi jenis yang main redah macam saya.
2. BERDIKARI
Dah reti survive mesti reti berdikari. Bukan senang untuk travel seorang di negara yang tak pernah kita jejak. Kadang2 bila ditimpa masalah, macam nak menangis pun ada. Bila travel sorang ni semua kena buat sorang. Manage masa sorang, makan sorang, pergi sorang dan nak ambil gambar diri sendiri pun kena pandai camana nak amek.
3. MENGHAYATI
Bila kita travel seorang, kita lebih banyak menghayati ciptaanNya… kita lebih menghargai alam semulajadi ni. Duduk di satu sudut hanya kita, alam semulajadi dan Tuhan. Perasaan ini sukar diungkap dengan kata-kata.. Pergilah tempat banyak nature. Seperti saya, saya suka pergi tempat di mana banyak ciptaanNYA seperti di Bosnia. Begitu indah sekali gunung-ganang, sungai, lake, air terjun, orangnya pun cantik dan macam macam lagi. Subhanallah, indah sangat perasaan tu. Anda akan rasa betapa kerdilnya anda dan betapa besarnya kuasaNYA.
4. TAMBAH KAWAN
Jangan takut untuk travel sorang. Anda takkan keseorangan sebenarnya. Rajin-rajinla menegur orang. Anda akan dapat kawan baru dari pelosok dunia. Kadang2 kawan baru tu dtg tak dijangka. Kat cafe lah, kat tourist spotlah.
5. FREEDOM
Travel solo ni freedom. Boleh ke mana-mana ikut suka. Nak pergi lewat ke apa ke suka hati. Saya memang jenis suka tukar plan sesuka hati. Kalau taknak pergi, tetiba je boleh tukar. Ikut mood! Itu yang bahaya bila travel dengan orang lain. Saya ingat lagi mat salleh yg travel setahun masa saya jumpa on the way to Kotor beberapa hari lepas. Dia kata travel ni memerlukan kita seorang diri. Barulah kita boleh explore macam-macam tempat.. Celah-celah lorong dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment