Tuesday, 17 December 2019

Pengalaman sebagai hasiswa di upm

pengalaman sebagai hasiswa di upm



assalammualaikum,


Hari ini saya akan melangkah masuk di alam universiti dan bergelar sebagai mahasiswa.perasaan saya amat gembira dan teruja kerana dapat bergelar seorang mahasiswa di upm dalam masa yang sama saya berasa sedih kerana berjauhan dengan keluarga tercinta.


Subuh sudah melabuhkan tirainya.  Matahari sudah menunjukkan sinarnya dan mulai terik.  Embun jantan di rumput sudah mengering, embun di daun juga begitu.  Pokok-pokok yang besar dan rendang mengindahkan lalu menghiasi pemandangan di sepanjang bumi hijau kampus Serdang ini.  Perasaan rindu yang bertamu dalam hati semakin menebal terhadap keluarga yang nun jauh di sana.

Tidak lupa jugak kepada keluarga,kawan-kawan dan yang lain kerana tidak putus memberi semangat kepada saya untuk meyambung pelajaran ke upm ini tidak lupa jugak guru-guru yang pernah mengajar saya dari kecik hinggalah saya masuk di alam universiti ini dan menjadi seorang mahsiswa.



Melayari kehidupan di kampus Serdang ini sememangnya amat mencabar.  Cabaran pertama yang saya perlu atasi ialah pengurusan masa.  Sebagai mahasiswa, masa sebanyak 24 jam kita tidak hanya diperuntukkan untuk belajar sahaja, tetapi kita juga mungkin akan terisi dengan aktiviti kolej, aktiviti kejohanan sukan kolej di peringkat universiti dan sebagainya.  Akan ada satu masa kita akan terlalu sibuk dengan pergi ke kuliah dan menyertai aktiviti kokorikulum.


Kampus Universiti Putra Malaysia Serdang merupakan gedung yang sarat dengan ilmu pengetahuan.  Lihat sahaja kemudahan yang disediakan semuanya lengkap dan mencukupi supaya dapat memberi keselesaan kepada pelajar.  Saya berada di sini untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda selama tiga tahun setengah dalam bidang Bacelor Komunikasi.


Namun berjuang di medan ilmu tidaklah sesuatu yang membosankan kerana saya ditemani oleh rakan-rakan yang sangat memahami.  Saya juga mengenal rakan-rakan yang berbeza latar belakangnya dan ini melihat persahabatan kami begitu unik.  Saya mula mengenali budaya dan tradisi yang begitu asing serta dialek-dialek yang sering digunakan.  Saya juga mula mengenali budaya lain apabila mempunyai rakan-rakan yang berasal dari luar negara seperti Indonesia.  Hal ini menyebabkan kami begitu mesra dengan persahabatan yang terjalin.


Berdikari adalah perkataan yang paling penting apabila menjadi mahasiswa di universiti.  Jika selama ini kita dimanjakan dengan kenderaan yang diberikan oleh ibu bapa untuk kemudahan kita bergerak ke mana-mana, kini di universiti tidak lagi.  UPM menyediakan bas yang silih berganti untuk pelajarnya bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.  Berdikari dalam konteks lain bermaksud cara pembawakan diri apabila berada di tempat yang baharu.  Lebih tepat lagi cara kita mengekalkan jati diri dan mengekalkan nilai-nilai ketimuran serta tidak melupakan asal usul.








No comments:

Post a Comment