MAKANAN TRADISIONAL
NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura.Kebiasaannya nasi lemak dijadikan menu sarapan pagi bagi masyarakat Malaysia. Namun kini ada nasi lemak turut dihidangkan pada menu makan malam di kedai makan atau warung-warung di Malaysia. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kebiasaannya kaum melayu menghidangkan nasi lemak dengan telur rebus,timun,ikan bilis goreng dan sambal. Selain daripada telur rebus, nasi lemak kini dihidangkan dengan pelbagai hidangan seperti ayam goreng berempah,sotong sambal,udang sambal,serta rendang daging.
LEMANG
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada musimperayaan seperti Hari Raya Aildilfitri. Semua masyarakat daripada pelbagai kaum amat mengemari akan makanan tradisi ini. Lemang merupakan hidangan istimewa di Malaysia. Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang sebelum dibakar hingga masak. Kaedah memasak dengan menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
RENDANG
Rendang adalah masakan yang berasal dari kumpulan etnik Minangkabau Indonesia, dan sekarang umumnya dilayani di seluruh negara. Salah satu makanan istimewa budaya Minangkabau, itu disajikan pada acara-acara istiadat dan untuk menghormati tetamu. Juga popular di Malaysia dan Singapura, rendang secara tradisional disusun oleh masyarakat Malaysia semasa perayaan. Kebiasaannya rendang akan dimakan dengan pulut kuning dan lemang.
No comments:
Post a Comment